Drop Shipping Percuma Untuk Bulan Jun 2010

http://www.vistawholesale.comSalam Semua,

Harap maaf kerana lambat untuk mengemaskini senarai drop shipping percuma yang pernah saya gunakan untuk berniaga di ebay. Pada bulan Jun ini saya akan berkongsi dengan anda salah satu drop shipping yang saya gunakan di awal pembabitan saya di dalam perniagaan ebay ini.

www.vistawholesale.com adalah drop shipping percuma daripada USA. Hati-hati kerana vistawholesale ini juga mempunyai drop shipping super vip mereka tersendiri. Sebelum membuat penyenaraian di ebay sila buat kajian harga kerana barangan drop shipping ini banyak diguna pakai oleh penjual ebay yang lain. Letak harga yang konpetitif untuk memastikan kebarangkalian barang anda terjual adalah tinggi.

Cara untuk menentukan harga sesuatu barang ialah dengan menggunakan fungsi “complete listing” di ebay. Panduan bergambar cara-cara menggunakan “complete listing” ini boleh didapati daripada www.rempitebayebook.com edisi percuma.

Kebaikkan drop shipping ini :

1) Percuma

2) Ada tracking number

3) Tiada order minimum (no MOQ)

Kelemahan drop shipping ini :

1) Customer support agak perlahan

2) Lambat update order

Semoga dengan perkongsian drop shipping ini akan membuka lagi peluang untuk anda menjana pendapatan di ebay.

Semoga berjaya.

Salam Usahawan ebay.

16 Responses to “Drop Shipping Percuma Untuk Bulan Jun 2010”

  1. BlogBelajarNiaga Says:

    wahhh itu dia Sifu Dropship kembali berkongsi kembali beraksi.. terima kasih sifu..

  2. msaifulnizam Says:

    Seperti dijanjikan.. semoga berjaya menjana pendapatan di ebay.

  3. khairol Says:

    Lagi satu dropship baru. Boleh la menmbhkan lg koleksi kt store aku..heheh..Thanks sifu!

  4. khairol Says:

    shipping fee dia pulak mcm mna sifu?kna tambah lg ke bila order brg nnti..seeloknya tumpu kt U.S atau worldwide?

  5. rashid Says:

    Thanks bro info nih…US memang ada banyak kedai online…hehe

  6. Suhaimi Says:

    Wah tq..tenkiu..tk..:)

  7. wan Says:

    Thanks sifu, sifu memang baik hati…moga Allah menambah rezeki sifu.

    Tapi masa nak register tak de pulak negara Malaysia. Nak taruk nama negara lain lagi ke? TQ

  8. sham Says:

    waaa satu lagi dropship dibongkar oelh sifu……tq sifu kerana berkongsi ilmu

  9. nizam919 Says:

    Thanks bro…Tiada rahsia antara kita semua…

  10. msaifulnizam Says:

    Rashid : shipping fee calculate base on location yang kita nak hantar. Sila calculate shipping dahulu, contoh ship ke dalam USA untuk barang A ialah $5 ke tempat A, so boleh mark up shipping untuk barang A ke tempat B dengan shipping $5-10. Biasa ship ke dalam USA tidak jauh beza.

    Wan : taruk je negara mana, yang penting shipping address tu betul.

    Melalui kajian saya Drop shipping ini antara yang termurah.

  11. kentut Says:

    Boleh tengok kat sini: http://www.resellerratings.com/store/Vista_Wholes

  12. embek Says:

    salam. Apa maksud "Hati-hati kerana vistawholesale ini juga mempunyai drop shipping super vip mereka tersendiri". Boleh tuan jelaskan?

  13. msaifulnizam Says:

    Embek : Super Vip harganya akan lebih mahal kerana super vip ada sub daripada vistawholesale.

  14. Oh! Duit Says:

    dapat juga tambah list dropshipper baru..boleh try lah ni..:) thank you..sharing is caring =)

  15. kontot Says:

    Tak payahlah ambik drosphipper ni..menyusahkan..try la cari dropshipper lain..yang malaysia punya pun ada..

  16. naim Says:

    try ali baba. mesti ok

Leave a Reply

This entry was posted on Monday, June 14th, 2010 at 10:33 pm and is filed under Drop Shipping. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.