Drop Shipping Percuma Bulan Julai 2010

Salam Sejahtera Semua,

Chinavasion: Wholesale Dropshipper for Cell Phones and Gadgets

Pada bulan Julai ini saya akan kongsi dengan anda salah satu drop shipping yang pernah saya guna untuk menjual di ebay. Bulan ini kita beralih arah ke China, seperti yang kita semua ketahui drop shipping daripada China ini memang banyak. Kita perlu tahu drop shipping tersebut “genuine” atau “scam”.

Memang kebanyakkan ebayer Malaysia telah tahu kewujudan drop shipping tersohor ini. Chinavasion adalah salah satu drop shipping percuma yang telah saya gunakan. Chinavasion menawarkan pelbagai produk elektronik yang terkini dengan harga yang kompetitif.

Ramai ebayer daripada negara luar juga menggunakan drop shipping ini. Cuba anda research barang-barang yang ada di dalam Chinavasion ini di ebay. Banyak bukan? Sila lakukan research sebelum menentukan harga jualan.

Sebelum saya terlupa order yang pertama di Chinavasion perlu mendapatkan pengesahan identiti daripada pihak Chinavasion. Caranya mudah, hanya perlu scan passport atau lesen atau IC dan hantarkan kepada Chinavasion. Chinavasion juga menawarkan tracking number, sila hati-hati dengan shipping cost. Sebelum membuat penyenaraian anda perlu estimate shipping cost dahulu untuk mengelakkan kerugian disebabkan shipping cost ini.

Setakat ini semua barang Chinavasion yang dihantar selamat sampai dan saya mendapat positif feedback daripada pembeli ebay. Untungnya juga lumayan. Anda semua hanya perlu melalukan sedikit research di terapeak. Bagi mereka yang ingin memiliki panduan terapeak boleh dapatkan di sini Video terapeak.

20 Responses to “Drop Shipping Percuma Bulan Julai 2010”

  1. asyrafazmin Says:

    wah..satu lagi dropship website..boleh nak try slow2 ni..^^
    terima kasih banyak2 bro..^^

  2. omecool20 Says:

    Terima kasih bro ;-)

  3. a6rahman Says:

    Drop ship ini tampil ngan jenama baru. di ebay brand baru macam ni susah na laku!!

  4. sofian Says:

    chinavasion memang best, tapi memang kena hati-hati sangat..kena rajin jugak chat dengan dealer tu kalau tak, silap haribulan kena tipu daa

  5. msaifulnizam Says:

    Sofian : Biasa la drop ship ni kadang2 stok takde. Tu yang masalah.

  6. Joe Says:

    Salam,

    bro, saya nak try buat ebay sebulan lepas.. but then, sy dah lepak2 dgn 2 org ebayer ni lah.

    dan depa kata, kalau sekarang nak mula bisnes ebay, agak susah dan menindas jg.. sebab rule ebay tu yg mnyebabkan newbie2 ebay susah nak naik.

    betul ke statement ni? sy pn xtaw nak wt cana la lepas tu. huhu..

  7. msaifulnizam Says:

    a6rahman : rezeki masing2 bro.

    Joe : 1000 langkah bermula dengan 1 langkah. Cuba Joe amik "feel" menjual di ebay dahulu. Try jual barang2 terpakai yang ada di sekeliling. Jual di ebay international bukan di ebay Malaysia. Di ebay macam2 boleh jual, ubat ketiak pun orang jual. Saudara "power" grafik mesti design cantik2 untuk produk POD sure ada sale kalau kena dengan niche & design.

  8. matzis Says:

    Drop Shipping Chinavasion memang best tetapi cuma ada beberapa part yang membuatkan bro berhenti menggunakan khidmat mereka iaitu mereka tidak bertanggungjawab jika produk yang mereka hantar mengalami masalah atau berlakunya kerosakkan. Bro terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila semua masalah bro tanggung sendiri dengan terpaksa REFUND!. Hampir 4 buah Helikopter yang dihantar kepada pelanggan tidak berfungsi melibatkan kipas, engin dan ada masalah lagi yang lain….alasan mereka cukup mudah iaitu sebelum hantar semuanya dalam keadaan baik!…wal hal kita tidak tahu pun sama ada diorang check ataupun tak…apa pun selamat berbisnes!..

  9. msaifulnizam Says:

    Bro matzis : saya tak pernah jual heli ni. Saya suka jual barang2 surveillance. Inilah salah satu cabaran menggunakan drop shipping. Bro mesti lagi banyak sumber DS. :-)

  10. zan Says:

    asekum….saya masih baru dgn komputer & internet…boleh saya tahu apa sebenarnya dropshipping & apa kegunaannya…boleh balas

  11. msaifulnizam Says:

    Zan : cuba google “drop shipping” mesti faham apa itu drop shipping.

  12. msaifulnizam Says:

    Samsuryani : Bukan adik beradik, sepupu kot. hehe.. Drop ship China ni 99.9% barang tiruan. So, hati2.. saya tak jual barang yang mahal2 daripada China ni. Harap2 buyer akan contact kalau ada problem sebelum dia orang bagi -ve feedback.

  13. Samsuryani Says:

    Chinavasion adik beradik DH Gate tak? Pengalaman yang menakutkan dengan DH Gate bila beli barang nampak cantik, harga murah, rupa-rupanya tiruan. Manalah saya tau itu brand very famous… sekarang ni tengah suspen kot-kot customer nak bagi negative feedback….

  14. loan counseling Says:

    sebaiknya jangan menggunakan chinavasion sebagai dropship, karena barang2nya terlalu mahal dan kita dikenakan shipping fee, saya rekomendasi http://www.dealextreme.com/ sebagai dropship saya.

  15. wan Says:

    loan counseling, dealextreme ni btol2 bagus ke?

  16. Chedem Says:

    Dealextreme ni ok tapi masalahnya kalau habis stok dia buat derk je.Cuma inform lepas kita tanya atau lepas sebulan.Nak mintak refund memang slow sampai saya dispute kat paypal baru la terkedek2 nak mintak maaf suruh tutup dispute.At the end dapat balik refund tapi lambat la.

  17. donn Says:

    Saya nk beli dari dealextreme tp problemnya.. saya dh masukkan dlm cart..pastu mana penat sya fikir n cari mana nk dptkan pic untuk saya upload kat ebay nnti..semua pic dia ada tulisan dealextreme…
    or mmg ada caranya ker?

  18. msaifuln Says:

    Mintak gambar yg tiada "watermark". Saya biasa photoshop je balik gambar tu.

  19. madrotsmith Says:

    terima kasih en Saiful atas pendapat,
    setelah puas mencari akhirnya saya juga mendapat jawpawan dcni http://www.dealextreme.com/forums/Forums.dx/Forum...

    terima kasih

  20. ahmad Says:

    terimakasih mas. semoga aq bisa memanfaatkannya

Leave a Reply

This entry was posted on Friday, July 9th, 2010 at 3:08 pm and is filed under Drop Shipping. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.